Home Buletin Semasa “PILOT” BAS TAK LEPAS PELUANG SIAPKAN PERSIAPAN RAYA

“PILOT” BAS TAK LEPAS PELUANG SIAPKAN PERSIAPAN RAYA

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Walaupun perlu bekerja di bulan Ramadan, namun pemandu bas ekspres tetap tidak mengabaikan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta tidak lama lagi.

Bagi mereka, semangat untuk menyambut Aidilfitri tetap dirasai walaupun dalam kesibukan bekerja bagi memastikan penumpang sampai ke destinasi, namun mereka sudah pasti tidak melupakan keluarga masing-masing.

Bagi Hasmahadi Muhamad, 52, dari Kubang Kerian, berkata dia sudah membuat persiapan perayaan bersama isteri dari awal memandangkan jadual bekerja agak padat.

“Setiap kali musim perayaan saya memang bekerja, jadi saya sudah membuat persiapan dari awal lagi.

“Saya akan pulang ke kampung di Kubang Kerian pada petang raya kerana masih bekerja. Saya punya perjalanan (trip bas) adalah ke Butterworth,”katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Hasmahadi sudah sembilan tahun berkecimpung dalam bidang tersebut, berkata dia mempunyai pengalaman memandu bas di musim perayaan dengan berada di jalan raya selama 12 jam.

“Agak penat sedikit memandu di musim perayaan sebab kereta banyak, tetapi kita akan bergilir-gilir tukar pemanduan kerana penat.

“Sebelum ini trip saya ke Kuantan, dan saya pernah berpengalaman memandu bas selama 12 jam dari Kuantan ke Gemuroh, Terengganu,”katanya.

Katanya tiada masalah untuk menyambut Aidilfitri kerana pihak syarikat menutup operasi pada 1 Syawal, namun dia akan memulakan tugas pada 2 Syawal.

Manakala seorang lagi pemandu bas, Tengku Meour Adha, 33, ketika ditemui berkata dia bekerja pada musim perayaan ini.

“Pengalaman memandu bas di musim perayaan adalah kena menempuh kesesakan lalu lintas.

“Dari segi persiapan Hari Raya Aidilfitri, masa saya cuti hari itu saya sudah membuat persiapan, alhamdulillah sudah siap sepenuhnya,”katanya.

Tengku Meour berpengalaman hampir dua tahun dalam bidang ini berkata dia akan menyambut Aidilfitri bersama ibu bapanya di Jelawat, Bachok.

“Hari Raya biasa syarikat tutup operasi untuk sambutan perayaan bersama keluarga. Mungkin Hari Raya Kedua saya akan kembali bekerja,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here