Home Buletin Semasa WAJAH BARU PASAR SITI KHADIJAH MAMPU TARIK LEBIH PENGUNJUNG?

WAJAH BARU PASAR SITI KHADIJAH MAMPU TARIK LEBIH PENGUNJUNG?

569
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Pasar Siti Khadijah terkenal sebagai salah satu destinasi tumpuan ramai untuk membeli belah, bukan sahaja bagi penduduk tempatan, tetapi juga dalam kalangan pelancong luar.

Pasar tersebut diibaratkan sebagai pusat perdagangan utama di negeri Che Siti Wan Kembang.

Sehingga kini, ia sedang dinaiktaraf dengan warna baharu dan beberapa kawasan lain yang juga sedang diubah suai.

Tinjauan IMedikel TV hari ini mendapati rata-rata peniaga mengakui sambutan daripada pelanggan tidak begitu menggalakkan meskipun pasar tersebut sudah dinaik taraf.

Menurut seorang peniaga yang dikenali sebagai Kak Ma, 45 dia berharap keadaan itu akan berubah selepas kerja naik taraf pasar siap sepenuhnya. 

“Sebelum ini saya berniaga di bahagian dalam pasar di tengah bulatan, tapi sejak tiga bulan ini, saya terpaksa berada di luar kerana perlu bagi ruang kepada kerja-kerja naik taraf pasar tersebut.

“Ramai orang tidak tahu peniaga yang sebelum ini berada di tengah bulatan kini berada di kaki lima pasar sejak tiga bulan lalu,” katanya ketika ditemui, di Pasar Siti Khadijah, di sini, har ini.

Jelasnya, dia tidak menafikan bahawa pasar tersebut bukan sekadar tempat berniaga, tetapi juga mencerminkan budaya dan indentiti rakyat Kelantan.

Selain itu seorang penarik beca, Che Udi Che Pa, 71 berkata jumlah pengunjung yang menaiki beca kekal berkurangan, sehingga dalam sehari hanya satu hingga dua orang sahaja yang menaikinya.

“Memang pasar ini nampak lebih cantik sekarang, tapi orang yang nak naik beca masih tak ramai, kalau mereka datang pun, hanya seorang sahaja yang naik beca dan ia mungkin disebabkan kurangnya tempat menarik,” katanya.

Namun berbeza bagi seorang pengunjung, Salina Mat Hussin, 46 dari Tendong berkata, dia sering datang ke pasar itu kerana harga barangan yang murah serta kepelbagaian barang yang ditawarkan.

“Saya memang selalu datang ke sini, barang murah dan macam-macam ada, bila pasar dah cantik dan selesa begini, memang seronok nak membeli belah,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here