Home Segmen Kesihatan JANGAN AMAL TABIAT TIDUR SELEPAS SAHUR

JANGAN AMAL TABIAT TIDUR SELEPAS SAHUR

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Salah satu sunnah ketika menjalani ibadah puasa adalah bersahur di sepertiga hujung malam.

Tetapi ramai yang melontarkan alasan mengantuk apabila perlu bangun sahur pada awal pagi kerana tidak puas menikmati tidur sepanjang malam.

Jadi majoriti mereka memilih untuk tidur selepas sahur dan gemar mengamalkan tabiat itu walaupun masa berbaki beberapa minit untuk azan subuh dan bersiap ke tempat kerja.

Namun rata-rata mereka sudah tahu tabiat itu tidak mendatangkan kebaikan pada kesihatan.

Apakah sebabnya dan adakah ianya berbahaya?

Ikuti artikel pada kali ini kerana penulis akan memberi penerangan tentang kesan negatif tidur selepas sahur.

Baiklah, setelah selesai makan, perut akan mencerna makanan menjadi pecahan nutrien yang akan diserap tubuh.

Makanan kaya karbohidrat dan lemak memerlukan waktu minima dua jam untuk dicerna dan proses pencernaan memerlukan bekalan darah yang banyak, disebabkan itu setelah makan, kita disarankan untuk tidak terus melakukan aktiviti lain yang memerlukan bekalan darah yang banyak, seperti bersukan.

Apabila kita tidur dalam masa dua jam setelah makan, saluran pencernaan belum sempat mencerna makanan, yang akhirnya akan menyebabkan gangguan saluran pencernaan dan penyerapan nutrien tubuh.

Hasilnya, makanan yang dimakan tidak mampu menghasilkan tenaga yang diperlukan tubuh.

Ini antara kesan negatif tidur selepas sahur

1.Tidur lepas sahur boleh menambahkan lemak: Ia memburukkan keadaan kesihatan terutamanya yang sedang diet dan ingin melangsingkan tubuh. Ini kerana sewaktu tidur, tubuh kita secara automatik memerlukan sedikit tenaga, kesannya makanan tidak akan dimanfaatkan sebaliknya bertimbun menjadi lemak.

2. Tidur selepas sahur sebabkan peningkatan asid perut: Setiap kali makanan masuk ke dalam badan, asid perut akan meningkat dan jika ia tidak tercerna, asid perut boleh menyebabkan keradangan dinding perut dan terasa sakit di hulu hati atau perut kiri bahagian atas serta rasa panas pada dada.

3.Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) atau refluks asid perut: Hal ini sudah tentu menyebabkan rasa tidak selesa sewaktu berpuasa. GERD boleh dicegah dengan menunggu makanan tercerna sempurna dahulu sebelum memutuskan untuk tidur.

4.Tidur selepas sahur boleh sebabkan strok: Jenis strok yang terkait dengan kebiasaan tidur setelah makan adalah strok penyumbatan kerana ketika tidur, aliran darah ke otak perlu berterusan mengikut keperluan.

Apabila perut sedang menjalankan aktiviti iaitu mencerna makanan, maka bekalan aliran darah menjadi terbahagi. Apabila ia berterusan dalam jangka panjang, otak mungkin kekurangan oksigen dan menyebabkan strok.

Jangan memandang enteng akan bahaya tidur selepas sahur kerana ia sangat menjejaskan kesihatan tanpa kita sedari.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here