Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
PUTRAJAYA: Harga runcit petrol di Semenanjung Malaysia turun sebanyak lima sen membabitkan RON97 dan Diesel iaitu masing-masing RM3.38 dan RM3.13 seliter berkuatkuasa selama tujuh hari bermula hari ini hingga 12 Mac.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, bagaimanapun harga runcit petrol bagi RON95 kekal RM2.05 seliter.
“Di Sabah, Sarawak dan Labuan pula, harga runcit diesel juga kekal pada paras RM2.15 seliter.
“Kadar penetapan itu adalah seiring dengan perubahan harga pasaran minyak,” jelas kenyataan itu.
MOF akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang sesuai bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Tambah MOF, kerajaan juga akan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel bagi menyokong kestabilan harga.
IMedikel TV






