Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
BENTONG: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 4,000 botol minuman keras bernilai RM877,000 di sebuah premis di Jalan Chui Yin, di sini, pada Rabu.
Menurut kenyataan, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 49 tahun dalam Op Taring Alpha, 2 di sini.
“Hasil pemeriksaan terdapat seorang lelaki berada di kaunter premis dan sebanyak 4,000 botol minuman keras pelbagai jenama ditemui di dalam premis tersebut.
“Minuman keras ini dipercayai untuk dijual ke pasaran tempatan. Semakan melalui sistem oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Bentong mendapati semua minuman keras ini agak meragukan,”menurut kenyataan itu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Suspek dan hasil rampasan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, Pahang untuk tindakan selanjutnya.
IMedikel TV






