RIYADH: Arab Saudi dan negara-negara jirannya di Teluk pada hari Jumaat mengumumkan bahawa bulan Ramadan bermula hari ini.
Arab Saudi bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar mengesahkan penampakan anak bulan yang menandakan permulaan Ramadan.
“Mahkamah Agung telah memutuskan bahawa esok, Sabtu, adalah hari pertama bulan (Ramadan),” lapor Agensi Berita Saudi (SPA) di platform X.
Beberapa negara Islam mengisytiharkan permulaan Ramadan selaras dengan pengumuman oleh Arab Saudi.
UAE, Qatar, Oman, Jordan, dan Syria juga mengumumkan bahawa Ramadan akan bermula pada hari Sabtu.
Sementara itu, Iraq mengumumkan bahawa bulan suci itu akan bermula pada hari Ahad. – AFP, HMetro Online –
IMedikel TV






