Home Buletin Semasa IMPHB – YPU TERENGGANU METERAI MoU

IMPHB – YPU TERENGGANU METERAI MoU

129
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: IMedikel Pharma Holding Berhad (IMPHB) memeterai Memorandum Persefahaman
(MoU) bersama Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu sebagai permulaan bagi membuka peluang yang lebih luas dalam bidang keusahawan khususnya bagi usahawan di Terengganu.

Ketua Pegawai Eksekutif IMPHB, Azman Abd Jalil berkata menerusi MoU itu, IMPHB komited membantu usahawan di bawah YPU dalam menyediakan produk yang diperlukan khususnya dalam bidang farmasitikal.

“Mana yang mereka berminat, itu yang kita akan tumpukan tapi saya cuba yakinkan sebabkita nak promosikan produk kesihatan & supplement sebab jarang sangat diusahakan oleh usahawan Melayu Bumiputera jadi banyak ruang dan peluang yang ada di sana. Itu yang kita fokus supaya mereka berminat.

“Kita nak suntik minat dan pengetahuan mereka tentang produk yang ada selain daripada apa yang mereka buat sekarang dan yang kedua untuk kita membangunkan mereka menjadi usahawan yang berjaya sehingga menjadi jutawan,” katanya selepas menandatangani MoU bersama YPU dan Ejen2u, di IMPHB, di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam usaha tersebut, YPU turut memainkan peranan penting dalam memberi bantuan ilmu, sokongan serta saluran yang tepat terhadap usahawan tersebut.

Selain itu, jelasnya MoU itu turut dimeterai oleh Ejen2u yang mana ia merupakan syarikat yang mempunyai kepakaran meluas dalam bidang pemasaran.

MoU tersebut turut disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, Presiden IMPHB, Yusmat Mamat, Pengerusi YPU, Ariffin Deraman serta Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Afnida Aini Alwi.

Sementara itu, Pengerusi YPU, Ariffin Deraman berkata, setakat ini, pihaknya merekodkan seramai 15,000 usahawan yang berdaftar di bawah YPU.

Katanya,bagi usahawan yang ingin berniaga, kesemua mereka akan dibantu termasuk dari segi pembangunan usahawan dan bantuan kewangan.

“Hari ini kita adakan MoU, satu perjanjian usaha sama di antara IMedikel dan YPU supaya IMedikel yang dikenali di Kelantan dalam bidang farmasitikal supayamereka (usahawan) tidak perlu fikir banyak semua perkara termasuk Ejen2u yang kita adakan juga MoU pada hari ini.

“Bila keluar satu produk Ejen2u akan membantu memasarkan,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here