BACHOK: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas puluhan kotak mengandungi pelbagai mercun bernilai hampir RM114,000 di Kampung Rendang, gunong, di sini, pada Selasa.
Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Ab Hamid, berkata dalam operasi kira-kira jam 11.00 malam itu piohaknya turut menahan seorang lelaki berumur 30 tahun.
“Pihak kami menyerbu sebuah rumah yang disyaki terlibat dengan penyeludupan mercun dalam Op Taring Charlie.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat puluhan kotak mengandungi pelbagai jenis mercun ditemui di dalam rumah tersebut,”katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Katanya suspek ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Suspek dan barang rampasan di bawa ke Ibu Pejabat polis daerah (IPD) Bachok untuk tindakan lanjut.
PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan mercun dari terus berleluasa di sempadan negara.