Home Sukan LAFC KELAB PALING BERNILAI MLS, KELAB MESSI KEDUA

LAFC KELAB PALING BERNILAI MLS, KELAB MESSI KEDUA

242
0

MIAMI, Amerika Syarikat: Los Angeles FC mengatasi kelab Lionel Messi, Inter Miami untuk mengekalkan status sebagai kelab paling bernilai Major League Soccer (MLS) buat tahun ketiga berturut-turut, menurut senarai tahunan 2025 disiarkan majalah bisnes Forbes semalam.

LAFC bernilai AS$1.25 bilion (RM5.5 bilion), meningkat 4 peratus berbanding tahun lalu dan hampir sekali ganda daripada nilai purata AS$690 juta (RM3.04 bilion) liga 29 pasukan itu.

Kelab tambahan San Diego FC, yang mula beraksi tahun ini, dikecualikan daripada ranking itu.

Miami, dengan impak Messi menjurus kepada tajaan memecah rekod dan peningkatan peminat sejak ketibaannya pada Julai 2023, kedua dalam senarai dengan nilai mereka meningkat 17 peratus kepada AS$1.2 bilion (RM5.3 bilion).

Menurut Forbes, nilai Miami meningkat sekali ganda sejak tahun 2022.

Ketika kempen MLS 2024, Miami meraih rekod 74 mata musim regular dan Messi dinobat pemain paling bernilai (MVP) tetapi pasukan itu mengalami kejutan tersingkir pada pusingan pertama playoff Piala MLS.

Juara Piala MLS, LA Galaxy (AS$1 bilion – RM4.42 bilion), Atlanta United (AS$975 juta – RM4.3 bilion) dan New York City (AS$875 juta – RM3.86 bilion) melengkapkan tangga lima teratas.

Musim ke-30 MLS bermula pagi esok. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here