Home Hiburan NEELOFA TEGUR PERBUATAN KURANG SOPAN AMEERA, JEFRI NICHOL

NEELOFA TEGUR PERBUATAN KURANG SOPAN AMEERA, JEFRI NICHOL

170
0

KUALA LUMPUR: Pengacara Neelofa menafikan dia dan keluarga tidak mengendahkan perlakuan kurang sopan ditonjolkan adiknya yang juga pempengaruh, Ameera Khan dan kekasihnya, Jefri Nichol.

Neelofa berkata, mereka sekeluarga tidak pernah berdiam mahupun tidak mempedulikan teguran atau nasihat orang ramai.

“Kami ambil cakna apa yang berlaku, tapi tak perlulah dedahkan apa yang kami sekeluarga buat kerana ini soal peribadi.

“Cukuplah kami adik-beradik dan ibu bapa sahaja tahu. Kami ada cara tersendiri untuk tangani perkara ini,” katanya yang ditemui di The Muslim World Women’s Summit: Voices of H.E.R Festival dan Anugerah Ibu Zain 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, malam tadi.

Ujar Neelofa lagi, dia merasakan kurang sesuai mengeluarkan sebarang kenyataan dan sebolehnya, enggan memberikan apa-apa komen.

Namun, katanya, sebagai kakak, dia menjalankan tanggungjawab dan hanya tahu apa tindakan paling sesuai dilakukan kerana lebih mengenali adiknya.

“Saya minta jangan mengecam atau tulis buruk-buruk. Suka atau tidak, tolong selitkan doa yang baik.

“Susunan takdir Allah dan segala perancangan boleh diubah menjadi sesuatu yang baik dengan doa. Sudah tentu saya nak yang terbaik untuk adik dan kakak saya,” katanya.

Ditanya adakah merestui hubungan Ameera dan Jefri, Neelofa bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Baru-baru ini, Ameera dikritik apabila foto duduk di riba Jefri sambil berpelukan mesra tular dalam media sosial.

Menerusi video itu, Jefri turut dilihat mengucup pipi Ameera sambil merangkul erat wanita itu hingga menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Sebelum ini, Jefri pernah berdepan kecaman selepas membuat pendedahan pernah meniduri lebih 20 wanita, selain berlaku curang terhadap pasangan dan makan daging babi. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here