Home Luar Negara 6 NELAYAN INDONESIA DISELAMATKAN, 9 HILANG DIKHUATIRI LEMAS

6 NELAYAN INDONESIA DISELAMATKAN, 9 HILANG DIKHUATIRI LEMAS

126
0

BROOME,AUSTRALIA: Bagaimanapun sembilan lagi nelayan masih hilang dan dikhuatiri lemas.

Mangsa memberitahu dua bot yang dinaiki mereka dilanda puting beliung Tropika Ilsa minggu lalu dan salah satu daripada bot berkenaan karam.

Seramai sembilan daripada 10 awak-awak atas bot berkenaan dilaporkan hilang.

Seorang yang terselamat berjaya berpaut pada sebuah tong kosong sebelum diselamatkan seorang nelayan dari bot satu lagi, lapor Australian Broadcasting Corporation (ABC).

Kesemua mangsa terselamat kini menerima rawatan di sebuah hospital berdekatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Puting beliung Ilsa melanda bahagian barat Australia minggu lalu, namun tidak menyebabkan kemusnahan teruk di negara itu. 

Sumber: OHBULAN

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here