Home Hiburan KELAINAN AJL39 MENJADI

KELAINAN AJL39 MENJADI

143
0

Media Prima Television Networks (MPTN) dan Primeworks Studios berpuas hati dengan perjalanan kemuncak Anugerah Juara Lagu ke 39 (AJL39), Ahad lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nini Yusof berkata, pihaknya berpuas hati dengan kerja keras semua pihak dalam memastikan kelancaran program anugerah berprestij itu.

Menurutnya, bermula dengan seawal pembukaan lagi, AJL39 menampilkan kelainan apabila hosnya, Sissy Imann terapung bersama grand piano mengiringi persembahan Wani Kayrie, Shiha Zikir, Ara Johari dan Noki K-Clique.

“Gandingan hos, Naz Rahman dan Sissy Imann memberikan satu kelainan untuk AJL kali ini.

“Saya rasa keberanian Sissy untuk berada di awang-awangan sesuatu yang berbeza kerana selalunya kita biarkan finalis beraksi.

“Tapi kerana pembentukan pentas yang agak luas dan besar, jadi kita menggalakkan finalis kita berkarya dengan cara yang lebih berbeza.

“Manakala, hos kita biarkan mereka turut serta ambil bahagian dalam pembukaan,” katanya.

Tambahnya, TV3 melihat terlalu banyak kreativiti yang ditampilkan finalis tahun ini dan ia sesuatu yang positif.

Bagaimanapun, Nini mengakui agak berdebar semasa proses pertukaran prop dari satu finalis kepada finalis seterusnya.

“Sepanjang lebih dua jam, saya bergetar bila nak tukar prop. Final tahun ini pentas kita besar.

“Bila pentas besar, dalam mesyuarat awal semua finalis begitu bersemangat nak buat persembahan berlainan dan berbeza.

“Tapi semasa latihan, saya berdebar tengok pertukaran prop. Saya berterima kasih kepada semua yang beri persembahan terbaik sama ada persembahan solo dan berkumpulan,” katanya.

Mengulas berkenaan rating, Nini berkata, AJL39 yang menampilkan 10 lagu mendapat sambutan yang positif dari segi media sosial berbanding AJL terdahulu.

“Ia trending awal kerana ramai yang buat ramalan serta teruja dengan persembahan berlainan finalis. Semua mereka tak kurang dengan kreativiti.

“Ada konsep kampung, hati, bunga-bunga dan pelbagai lagi. Seperti kata Ketua Juri, Edry Abdul Halim, teknikal dari segi penyampaian ada pelbagai.

“Contohnya Nadeera, lagunya popular, dengan veil yang turun beri impak. AJL39 boleh dianggap hebat dengan pentas yang begitu besar,” katanya.

Perkara itu turut dipersetujui Pengurus Projek AJL39 yang juga Ketua Unit Produksi, Penjenamaan dan Hiburan TV3, Russell Mark Rodrigues.

Kata Nini lagi, dia amat gembira apabila finalis mengambil kesempatan untuk menggunakan pentas itu sebaik mungkin.

“Kalau ditanya berkenaan kemenangan finalis, ia bukan berlandaskan modal, tapi kelainan. Kami tidak menidakkan finalis yang labur untuk buat persembahan.

“Tapi yang penting, kalau labur besar tapi persembahan tak menyentuh perasaan, saya tak rasa juri terpikat.

“Cabaran untuk kekalkan prop pula terletak pada finalis. Bila mereka hasilkan lagu baru, mereka kena tampil dengan idea yang lebih impresif dan kami sentiasa terbuka menerimanya,” katanya. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here