Home Luar Negara 48 MAUT DALAM KEJADIAN RUNTUHAN DI TEMPAT MELOMBONG EMAS HARAM

48 MAUT DALAM KEJADIAN RUNTUHAN DI TEMPAT MELOMBONG EMAS HARAM

198
0

BAMAKO: Sekurang-kurangnya 48 maut dalam kejadian runtuhan lombong emas yang beroperasi secara haram di barat Mali semalam.

“Setakat jam enam petang hari ini, jumlah korban akibat runtuhan meningkat kepada 48 orang.

“Sebahagian mangsa terjatuh ke dalam air, termasuk seorang wanita bersama bayinya yang diikat di belakang,”kata sumber polis tempatan.

Mali adalah antara negara termiskin di dunia walaupun menjadi salah satu pengeluar emas utama di Afrika.

Tapak perlombongan emas sering menjadi lokasi kejadian tanah runtuh sehingga mengorbankan nyawa, sementara pihak berkuasa terus berdepan kesukaran dalam mengawal aktiviti perlombongan emas secara kecil-kecilan.

Kemalangan semalam itu berlaku di sebuah tapak terbiar yang sebelum ini dikendalikan oleh sebuah syarikat dari China, menurut sumber. AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here