Home Hiburan MAMAT MAHU TEBUS KESILAPAN DEMI ANAK

MAMAT MAHU TEBUS KESILAPAN DEMI ANAK

160
0

KUALA LUMPUR: Terserlah sisi berbeza bekas vokalis kumpulan Exist, Mamat, 48, selepas enam bulan penyanyi kontroversi ini menjalani rawatan dan program pemulihan di Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) di Kompleks Pengasih Cinta Manis, Bentong, Pahang.

Wajah dan sosok tubuhnya tampak segar berbanding ketika membuat persiapan Konsert Exists X Orkestra, kira-kira dua tahun lalu.

Mamat atau nama sebenar, Mohd Ali Kamaruddin gembira dengan fasa baharu dalam kehidupannya itu.

Mamat mengaku serik ditahan disebabkan najis dadah berkali-kali.

“Saya sudah tak larat layan benda itu (lokap),” katanya secara berseloroh.

Sering keluar masuk lokap akibat najis dadah hingga hubungan bersama tiga cahaya mata renggang, Mamat mahu menjaga hati dan kebajikan anak-anaknya sekarang.

Mamat berkata, anak-anaknya, iaitu Aleeya Mysara, 23, Mohd Eiki Daniel, 21, dan Dylea Mysara, 18, tinggal bersama bekas isteri, Marshila Mustapa Kamal selepas mereka bercerai pada 2009.

“Saya tidak mahu terjebak lagi. Saya sanggup duduk diam dan ingin fokus menjaga kebajikan anak-anak.

“Saya hendak buat benda bermanfaat. Saya mahu tebus semula masa dengan anak-anak.

“Saya tak hidup sebumbung dengan anak-anak selepas bercerai. Namun, mereka sentiasa sokong saya. Malah, mereka datang jenguk saya jika ada konsert atau persembahan di Kuala Lumpur,” katanya.

Mamat berkata, rumah tangga dengan bekas isteri hanya mampu bertahan lapan tahun.

“Pada awalnya, kami bahagia, namun sampai suatu tahap rumah tangga tidak mampu diselamatkan lagi.

“Saya reda dengan apa yang berlaku. Saya dan bekas isteri ambil keputusan bawa haluan masing-masing, tetapi kami berpisah secara baik.

“Saya bersyukur tidak pernah dihalang bertemu anak-anak. Kami juga tidak pernah tarik muka masam soal anak,” katanya.

Mamat berkata, dia bebas berjumpa anak-anak bila-bila masa.

“Tetapi, itulah, apabila anak-anak tahu saya ambil bahan terlarang, mereka agak berhati-hati dengan saya.

“Namun, sekarang, tidak lagi. Saya rasa hidup makin lengkap dengan kehadiran seorang cucu,” katanya. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here