Home Sukan LIVERPOOL PERTARUH ‘SKUAD KEDUA’ LAYAN PSV

LIVERPOOL PERTARUH ‘SKUAD KEDUA’ LAYAN PSV

LIVERPOOL: Pengendali Liverpool, Arne Slot dijangka merehatkan sebahagian besar tonggak utama dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah dengan beliau akui rehat lebih penting daripada mengekalkan kedudukan teratas.

Skuad The Reds dijadual turun menentang PSV Eindhoven di tempat lawan dengan kelab Inggeris itu ketika ini gah berada di tangga pertama saingan tertinggi Eropah itu.

Kedudukan itu menyaksikan Liverpool sudah mengesahkan tempat di pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara selain turut mendahului Liga Perdana Inggeris dan masih dalam saingan Piala FA serta Piala Liga.

Beberapa pemain tidak di bawa ke PSV Eindhoven termasuk ketua pasukan, Virgil van Dijk; penjaring terbanyak, Mohamed Salah dan penjaga gol Alisson.

Malah tonggak lain seperti Trent Alexander-Arnold, Ibrahima Konate, Ryan Gravenberch, Alexis Mac Allister, Dominik Szoboszlai dan Luis Diaz turut direhatkan.

“Ia mengambil masa untuk saya memahami format baharu ini tetapi kini saya 100 peratus pasti yang ia tidak kisah sama ada anda yang pertama atau kedua.

“Kerana kami sudah dijamin akan bertemu pasukan di tempat ke-15, 16, 17 atau 18, dan kemudian ia bergantung kepada undian.

“Kami tidak boleh tercicir ke tangga ketiga. Ia tidak memberikan impak kepada kedudukan liga tetapi kami akan cuba menang,” kata Slot.

Liverpool hanya memerlukan satu mata untuk mengesahkan kedudukan teratas Liga Juara-Juara dan kemenangan akan menyaksikan mereka melengkapkan 100 peratus kemenangan di peringkat itu. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here