Home Buletin Semasa PERANAN MEDIA SAMA PENTING DENGAN ULAMAK, SALUR MAKLUMAT SAHIH

PERANAN MEDIA SAMA PENTING DENGAN ULAMAK, SALUR MAKLUMAT SAHIH

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Bekas Editor Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Zabidi Ishar, 55, menyifatkan peranan media adalah sama penting dengan ulamak bagi menyampaikan ilmu sahih dengan niat yang betul.

Beliau berkata, menjadi seorang pengamal media bukan suatu yang mudah malah ia begitu mencabar kerana ia bergantung kepada keinginan dan minat semata-mata.

“Bagi individu yang memang minat, mereka suka akan cabaran dalam menyampaikan berita kepada masyarakat walau dalam keadaan hujan, panas. Malah mereka juga sanggup berdepan dengan cabaran lebih besar dalam membuat liputan bencana seperti tanah runtuh, banjir dan sebagainya.

“Ini masanya untuk berkhidmat sebagai penyalur berita sahih kepada rakyat tetapi ingat jangan menjadi ‘wartawan tingkap’ kerana ia cenderung kepada maklumat yang tidak sahih,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Wakaf Stan, Kubang Kerian, di sini, pada Sabtu.

Beliau yang sudah berkhidmat selama 32 tahun itu meluahkan rasa rindu terhadap kerjayanya namun atas faktor kesihatan yang dialami, beliau terpaksa pencen awal pada November tahun lalu.

“Bukan tak rindu, memang saya rindu tetapi saya perlu berehat sebab saya mengalami masalah lemah paru-paru dan jantung bengkak sejak dua tahun lalu,” katanya.

Ketika ditanya berkaitan perancangan beliau selepas pencen, menurutnya dia bakal berkongsi ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang bergelar ‘editor’ berita untuk menyampaikan kepada mereka yang berminat menjadi seorang pengamal media.

IMedikel TV+

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here