Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
PASIR PUTEH: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan seramai 70 pendatang asing tanpa izin (PATI).
Penahanan itu dibuat dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Telosan, di sini bagi memberkas PATI di negeri ini.
Pengarah Imigresen Kelantan, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan menerusi satu kenyataan memaklumkan, dalam operasi jam 9 pagi itu, PATI berkenaan yang ditahan adalah warga Myanmar dan Bangladesh.

“Penahanan membabitkan satu lelaki warga Myanmar yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26 A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 di bawah Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63.
“Selain daripada itu, kami turut menahan, 15 lelaki dan 21 perempuan warga Myanmar serta dua lelaki warga Bangladesh yang berumur lingkungan 21 hingga 55 tahun.
Mohamed Yusoff Khan berkata, tangkapan yang dibuat juga membabitkan kanak-kanak iaitu 14 lelaki dan 17 perempuan warga Myanmar berusia tiga hingga 17 tahun.
Kesemua mereka yang ditahan dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.
“JIM membawa mereka ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk tindakan lanjut,” katanya.
IMedikel TV






