Home Buletin Semasa JKDM KELANTAN RAMPAS 539,400 ROKOK SELUDUP

JKDM KELANTAN RAMPAS 539,400 ROKOK SELUDUP

233
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 539,400 batang rokok seludup bernilai hampir RM470,000 termasuk cukai di Kampung Kampung Belimbing, Tanah Merah, di sini, pada 12 Januari lalu.

Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long, berkata serbuan dilakukan kira-kira jam 11.00 pagi itu hasil risikan selama dua minggu dan turut menahan sepasang suami isteri disyaki sebagai penghantar dengan nilai upah sebanyak RM600.

“Pasukan juga berjaya menahan pemandu dan pembantu pemandu masing-masing berumur 34 tahun untuk siasatan lanjut. Kedua-dua supek tersebut ditahan reman selama 10 hari untuk siasatan lanjut.

“Nilai rampasan rokok dianggarkan berjumlah RM102,486 yang melibatkan duti/cukai berjumlah RM366,252.60. Manakala motorlori  dianggarkn berjumlah RM180,000. Keseluruhan nilai rampasan duti/cukai berjumlah RM648,738.60,”katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan ke atas pemilik barang yang dipercayai diseludup itu.

“Kita masih lagi sedang menyiasat siapa pemilik barang tersebut. Lori terbabit dari Lembah Klang untuk menghantar barang ke Kelantan sebelum mengambil bekalan rokok tersebut untuk dibawa ke Lembah Klang.

“Rokok tersebut disyaki diseludup dari negara jiran ke negeri ini sebelum dihantar ke Lembah Klang melalui jeti haram,”katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Katanya berdasarkan jenama rokok yang dirampas, bekalan itu dipercayai untuk pekerja sebuah projek mega di Lembah Klang.

“Orang ramai diminta untuk memberi kerjasama untuk memerangi jenayah penyeludupan.

“Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah ianya turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here