Home Luar Negara PULUHAN RIBU PENDUDUK AUSTRALIA TERJEJAS ALAMI GANGGUAN ELEKTRIK

PULUHAN RIBU PENDUDUK AUSTRALIA TERJEJAS ALAMI GANGGUAN ELEKTRIK

185
0

SYDNEY: Puluhan ribu penduduk di New South Wales, Australia, mengalami gangguan bekalan elektrik hari ini selepas sistem tekanan rendah membawa angin kencang serta hujan lebat, sekali gus mencetuskan amaran banjir.

Sekitar 28,000 penduduk di Sydney, ibu negeri New South Wales dan bandar terbesar Australia, terputus bekalan elektrik, manakala 15,000 lagi mengalami gangguan yang sama di Newcastle dan kawasan Hunter berdekatan, menurut laman web syarikat tenaga Ausgrid, pagi ini.

Agensi perkhidmatan kecemasan negeri itu menerima 2,825 panggilan untuk mendapatkan bantuan semalam, kebanyakannya berkaitan pokok tumbang dan kerosakan harta akibat angin, menurut kenyataan di laman web agensi berkenaan.

Amaran banjir, angin kencang dan hujan lebat dikeluarkan di kebanyakan kawasan di negeri itu, kata jabatan kaji cuaca, sambil menambah bahawa angin berkelajuan sehingga 100 km/j dijangka berlaku di kawasan Alpine.

Amaran terbabit dikeluarkan selepas ribut pada minggu ini sehingga mengakibatkan pokok tumbang dan talian elektrik terputus, sekaligus menyebabkan 200,000 penduduk di New South Wales kehilangan bekalan elektrik, menurut laporan media tempatan. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here