Oleh: Afrizam Arif@IMedikel TV
TUMPAT: Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia Ouyang Yujing prihatin dengan mengikuti dengan teliti keadaan dan secara aktif mencari jalan untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk terjejas banji di Kelantan dan Terengganu.
Ouyong berkata, pihaknya sudah lama menghulurkan bantuan kepada rakan Malaysia yang memerlukan khususnya rakan beragama Islam melalui lawatan ke tapak, sumbangan dan mengagihkan juadah Ramadan.

“Dalam lawatan ke Kelantan ini, kami secara khusus telah mengamanahkan Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan (PKMC) untuk membeli barangan keperluan untuk keluarga yang terjejas banjir bagi menyampaikan kemesraan dan persahabatan daripada kerajaan China.
“Banjir melanda Kelantan dan Terengganu menyebabkan banyak tempat lain sejak akhir tahun lalu mengganggu kehidupan harian puluhan ribu penduduk,” katanya selepas menganjurkan majlis sumbangan keluarga terjejas banjir di Kelantan di Surau Biru, Kampung Pulau Gorek di sini, semalam.
Ouyang berkata seramai 300 keluarga yang terjejas banjir menerima sumbangan kira-kira RM50,000 melibatkan Kedutaan Besar Republik Rakyat China bersama PKMC dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kelantan.
“Antara keperluan asas, antaranya beras, air mineral, minyak masak, gandum dan lain-lain.
“Sokongan berterusan China menunjukkan solidariti dan hubungan rapat antara rakyat Malaysia dan China terutama dalam menghadapi cabaran kemanusiaan seperti banjir,” katanya.
IMedikel TV






