Home Luar Negara PELANCONG CHINA MAUT, JET SKI BERLANGGAR

PELANCONG CHINA MAUT, JET SKI BERLANGGAR

157
0

BEIJING: Seorang pelancong China maut, manakala seorang lagi cedera selepas jet ski dinaiki mereka berlanggar di pulau di Phuket, Thailand pada 14 Januari , lapor CCTV, memetik kedutaan China di Thailand.

Punca kejadian itu masih dalam siasatan, lapor CCTV.

Ia adalah insiden kedua membabitkan pelancong China berhampiran Phuket dalam tempoh dua hari.

Thailand adalah destinasi popular untuk pelancong China untuk berkunjung sempena cuti Tahun Baru Cina akan datang.

Pada 13 Januari lalu, sebuah katamaran (sejenis kapal layar) yang membawa 33 warga China dan lima anak kapal terbalik di luar pantai pulau Koh Racha di utara Phuket, lapor CCTV.

Kesemua penumpang diselamatkan tanpa kemalangan jiwa, kata laporan itu.

Tahun lalu, pelancong China menjadi kumpulan terbesar pelawat ke Thailand, dengan rekod 6.7 juta lawatan ke negara Asia Tenggara itu. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here