Home Buletin Semasa OMBAK BESAR HEMPAS BENTENG PANTAI IRAMA

OMBAK BESAR HEMPAS BENTENG PANTAI IRAMA

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

BACHOK: Keadaan cuaca yang tidak menentu baru-baru ini menimbulkan kerisauan warga penduduk di daerah Bachok ekoran air pasang menyebabkan ombak besar di sekitar persisiran Pantai Irama.

Pegawai Pertahanan Awam Bachok, Leftenan (PA) Mohd Khairi Mat Hussin dalam satu kenyataan menasihatkan orang ramai yang berkunjung ke pantai tersebut supaya berjaga-jaga dan sentiasa peka dengan keadaan semasa selain mematuhi arahan yang diberikan oleh pihaknya.

“Pihak kami sentiasa membuat operasi pemantauan bagi mengetahui keadaan semasa persisiran pantai tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Tinjauan I Medikel TV pada Khamis lalu mendapati ombak besar dan tinggi menghempas benteng susulan fenomena air pasang itu.

Di media sosial, terdapat hantaran video Tiktok menunjukkan air laut bergelora serta ranting kayu terdampar di pantai setelah dibawa hanyut arus air.

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih melihat perubahan air pantai yang membahayakan orang ramai, namun tidak lupa menitipkan doa di ruangan komen video tersebut seperti “Allahuakhbar.. lindungi bumi mu ini”.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here