Home Sukan SUMALI BERI BAYANGAN BERTANDING PRESIDEN ISTAF

SUMALI BERI BAYANGAN BERTANDING PRESIDEN ISTAF

122
0

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan sedang menanti ilham dan bersedia untuk mencabar kerusi nombor satu Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (Istaf).

Jelasnya, sudah tiba masa bagi beliau atau mana-mana negara lain tampil ke depan untuk bertanding jawatan presiden dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) serta pemilihan kepimpinan baharu yang akan datang selepas Thailand memegang jawatan itu lebih tiga dekad lalu.

“Serius tak serius, saya kena lihatlah secara keseluruhan kerana saya nak bagi ‘hint’ satu sahaja, sudah lebih 30 tahun (jawatan) presiden Istaf itu dipegang Thailand.

“Sejak penubuhan lagi presiden Istaf itu adalah (dari) Thailand. Jadi kalau kita biar, sampai 50 tahun nanti, agaknya. Ini (jawatan Presiden Istaf), saya dalam pertimbangkan. Nak lihat dulu,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi PSM, malam tadi.

Ketika ini, jawatan Presiden Istaf dipangku sementara oleh Timbalan Presiden, Boonchai Lorhpipat dari Thailand selepas kematian Charouck Arirachakaran, pada Ogos 2023 yang memegang jawatan berkenaan sejak 1988.

Oleh itu, Sumali berpendapat sebaiknya AGM itu diadakan lebih cepat untuk membolehkan jawatan itu dipertandingkan dan memberi peluang kepada negara lain membuat pilihan terbaik mereka daripada menunggu ia diadakan pada tahun hadapan.

Hasrat untuk pertanding jawatan Presiden Istaf bukanlah perkara baharu kerana pada tahun lepas, beliau turut memaklumkan tidak menolak kemungkinan untuk tampil selaku pencabar utama. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here