Home Buletin Semasa KERAJAAN KOMITED PEMBANGUNAN DI KELANTAN

KERAJAAN KOMITED PEMBANGUNAN DI KELANTAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Sebanyak 115 projek baru diluluskan daripada 467 projek menjadikan kos semasa projek pembangunan di negeri ini sebanyak RM25.7 bilion.

Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata jumlah peruntukan kekal tinggi bagi projek-projek pembangunan menunjukkan Kerajaan Persekutuan masih komited dalam meningkatkan kesejahteraan dan merapatkan jurang sosioekonomi rakyat di negeri Kelantan.

”Kira-kira 467 projek yang diluluskan di Kelantan tahun ini dan 114 daripadanya sudah siap sepenuhnya.

”Antara projek yang sudah siap adalah pembesaran dan naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Fasa 1, pembinaan Hospital Bachok, pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli dan pembangunan Kolej Komuniti Jeli yang baru,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Khas Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan di Hotel Perdana di sini, hari ini.

Menurutnya beberapa projek berimpak tinggi juga akan mula dilaksanakan iaitu fasiliti sukan bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA 2028), pembinaan Jambatan Palekbang, pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB)- Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Kota Bharu, PLSB Sungai Golok Fasa Tiga dan fasa terakhir projek pembesaran serta menaik taraf LTSIP yang dijangka siap pada 6 Mei depan.

”Bagi Rolling Plan Keempat (RP4) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) tahun lalu, Kelantan telah membelanjakan sebanyak RM2.4 bilion iaitu iaitu 84.98 peratus.

”Namun, prestasi perbelanjaan tahun ini (2025)diharapkan lebih baik dengan pelbagai projek pembangunan yang dijangka akan memulakan pelaksanaannya,”katanya.


IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here