Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Gempa bumi kuat berukuran 6.9 skala ritcher melanda Xizang, China pada jam 9:05 pagi tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan hari ini pusat gempa bumi tersebut terletak 28.4° Utara dan 87.6° Timur dengan kedalaman 10 km, 330km Utara dari Dinajpur,Bangladesh.
Susulan itu METMalaysia mengeluarkan kenyataan tiada ancaman Tsunami kepada Malaysia.
IMedikel TV






