Home Sukan REAL MADRID BELASAH DEPORTIVA MINERA

REAL MADRID BELASAH DEPORTIVA MINERA

CARTAGENA, Sepanyol: Real Madrid mara ke pusingan 16 terakhir Piala Raja Sepanyol selepas membelasah kelab divisyen empat, Deportiva Minera 5-0, dengan Arda Guler meledak dua gol.

Madrid mendahului hasil jaringan minit kelima Federico Valverde, diikuti gol Eduardo Camavinga lapan minit kemudian. Guler meledak gol ketiga Real pada minit ke-30.

“Saya gembira dapat menyumbang gol untuk pasukan tetapi tugas saya berbeza, membantu sebaik mungkin, bertahan dan membantu rakan-rakan.

“Saya gembira jurulatih sentiasa memberikan peluang buat saya di setiap perlawanan, mempunyai keyakinan terhadap saya. Walaupun letih, saya gembira,” kata Valverde.

Luka Modric meledak gol keempat 10 minit selepas rehat, hasil gerakan bersama Brahim Diaz yang disambut sorakan padu penonton di Stadium Cartagonova. Guler meledak gol keduanya dua minit sebelum tamat permainan.

“(Luka) adalah pemberian untuk bola sepak dan sesiapa dapat menyaksikannya secara dekat. Peminat, pemain-pemain, jurulatih… bagi saya ia adalah hadiah terhebat.

“Cara dia bersedia untuk perlawanan seperti ini, ia ibarat final. Ia adalah contoh terbaik buat pemain-pemain muda,” kata pengendali Real, Carlo Ancelotti. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here