Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Tiga rumah kedai musnah dalam kebakaran di Jalan Merbau, di sini, pagi tadi.
Menurut Pegawai Bomba Kanan (PBK) I (KUP) Ruziman Ismail dalam kenyataan hari ini, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.56 pagi berhubung kejadia itu.
Katanya kira-kira 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, BBP Kota Darul Naim dan BBP Pengkalan Chepa.

“Komander operasi lapor sampai di lokasi kejadian didapati benar berlaku kejadian kebakaran tiga buah rumah 60’ x 70’ musnah 100 peratus melibatkan sebuah kedai basikal dan dua buah kedai kosong.
“Operasi pemadaman dijalankan dan api terkawal pada jam 4.11 pagi,”katanya dalam kenyataan.
Menurutnya tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu. Operasi tamat kira-kira jam 5.50 pagi.
IMedikel TV






