Home Sukan SANCHO KECEWA CHELSEA SEKADAR SERI

SANCHO KECEWA CHELSEA SEKADAR SERI

142
0

LONDON: Jadon Sancho merasa kecewa dengan keputusan seri 1-1 Chelsea menentang Crystal Palace, percaya bahawa pasukannya sepatutnya ‘membunuh’ perlawanan lebih awal.

Cole Palmer meletakkan pelawat di hadapan pada minit ke-14 selepas satu hantaran cantik dari Sancho, tetapi Jean-Philippe Mateta menyamakan kedudukan lapan minit sebelum perlawanan tamat di Selhurst Park.

The Blues terlepas beberapa peluang untuk menggandakan kelebihan mereka dan pemain sayap itu mendedahkan bahawa terdapat begitu banyak kekecewaan diluahkan di bilik persalinan kerana mereka gagal meraih kemenangan dalam empat perlawanan Liga Perdana Perdana (EPL) berturut-turut.

Sancho berkata: “Saya rasa kami bermain dengan agak baik dan mengawal banyak bahagian permainan, jadi sangat mengecewakan apabila dibolosi lewat perlawanan.”

“Seperti yang dikatakan oleh pengurus di bilik persalinan, kami perlu menyelesaikan perlawanan pada separuh masa kedua.”

“Saya rasa jika kami dapat gol kedua, kami akan lebih tenang dan mereka akan keluar menyerang lebih banyak dan itu akan membuka lebih banyak ruang di belakang untuk kami. Malangnya, itu tidak berlaku.”

“Kami masih mencipta banyak peluang di hadapan gol tetapi ia tentang mendapatkan hasilnya,” katanya.

Mengenai hantaran yang membawa kepada gol Palmer, Sancho menambah: “Saya masuk ke dalam padang untuk menerima bola dan saya biarkan ia melalui kaki saya.”

Gol Palmer adalah satu-satunya daripada 15 percubaan Chelsea dalam perlawanan itu yang tepat ke sasaran.

Itu bermakna Chelsea mencatatkan jumlah percubaan tepat ke sasaran paling sedikit dalam satu perlawanan yang mereka jaringkan sejak Oktober 2021. – Hmetro Online, AGENSI –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here