Home Sukan ARENA SUKAN PERLUKAN TRANSFORMASI, CUKUP-CUKUPLAH BERI ALASAN

ARENA SUKAN PERLUKAN TRANSFORMASI, CUKUP-CUKUPLAH BERI ALASAN

139
0

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu melakukan transformasi besar-besaran dalam arena sukan bagi 2025 jika ingin kembali cemerlang di pentas antarabangsa, terutama dalam sukan utama seperti Sukan Olimpik, Asia, dan Komanwel.

“Kita perlu banyak berusaha untuk membaiki imej sukan negara yang tidak memberangsangkan, terutama dalam kejohanan besar seperti Olimpik,” ujar pemerhati sukan negara, Sadek Mustafa.

Menurutnya, beberapa sukan seperti badminton, terjun, dan olahraga menjadi harapan utama negara, namun prestasi keseluruhan masih memerlukan perhatian serius.

Tahun 2024 menjadi salah satu episod yang mengecewakan dalam sejarah sukan Malaysia, dengan hanya beberapa pencapaian sederhana yang berjaya diraih.

“Kegagalan kita di peringkat antarabangsa menunjukkan kelemahan dalam perancangan dan pelaksanaan. Ini perlu diubah jika kita mahu melihat Malaysia kembali sebagai kuasa besar sukan,” katanya lagi.

Beliau turut menegaskan perlunya persatuan-persatuan sukan kebangsaan dan badan sukan negeri memainkan peranan lebih aktif dalam memperbaiki struktur dan sistem pembangunan atlet.

“Selagi mereka tidak mengakui kelemahan terutama Program Road To Gold (RTG), selagi itu kita akan terus mengulangi kesilapan yang sama. Duit rakyat akan dibazirkan jika pengurusan tidak dilakukan secara terancang,” katanya.

Tahun 2025 menjadi permulaan kepada kitaran baharu sukan negara, dengan pelbagai kejohanan penting di peringkat antarabangsa menanti.

“Cabaran baharu ini memerlukan komitmen semua pihak, dari Majlis Sukan Negara (MSN), persatuan sukan kebangsaan, hingga ke peringkat negeri, untuk memastikan atlet kita berada pada prestasi terbaik,” katanya.

Beliau juga menyeru agar pendekatan baharu diambil, bukan sekadar memberi alasan yang sama atas kegagalan lalu.

“Kita perlukan tindakan yang lebih efektif untuk membawa kejayaan kepada pasukan atlet Malaysia,” tambahnya.

Malaysia kini menghadapi tekanan besar untuk memperbaiki imej dan prestasi sukan negara.

Temasya Sukan Sea Thailand 2025 hujung tahun ini akan menyaksikan permulaan baharu atlet muda terutama mereka yang menyerlah di Sukan Malaysia (Sukma) tahun lalu di Sarawak. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here