Home Buletin Semasa LEBIH 1,089KG BERAS DIRAMPAS

LEBIH 1,089KG BERAS DIRAMPAS

284
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Lebih 1,089 kilogram (kg) bungkusan beras dipercayai diseludup bernilai anggaran RM 1,089 dirampas dalam kejadian di Kampung Jejuluk Haji Senik, di sini, pada Isnin.

Komander Bridged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata kegiatan penyuludupan itu dikesan sepasukan anggota Batalion (BN) 8 PGA kira-kira jam 2.00 petang apabila ternampak sebuah kereta jenis Proton Wira dalam keadaan mencurigakan di Op Taring Wawasan.

“Hasil pemeriksaan mendapati lebih 1089 kg bungkusan beras dipercayai diseludup dari Thailand ditemui dalam kenderaan tersebut tanpa dokumen sah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya barang rampasan dibawa ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here