Home Sukan BINTANG GOLF NORWAY, HOVLAND PATAH JARI KAKI

BINTANG GOLF NORWAY, HOVLAND PATAH JARI KAKI

183
0

LONDON: Bintang golf Norway, Viktor Hovland, masih belum pasti untuk beraksi di The Sentry, kejohanan pembuka tirai musim Jelajah PGA minggu ini di Kapalua, Hawaii, disebabkan kecederaan jari kaki kanannya yang patah.

Hovland memaklumkan bahawa dia sudah tidak lagi bekerjasama dengan jurulatih hayunan, Joe Mayo, perpisahan kedua dalam tempoh setahun.

Hovland pernah berpisah dengan Mayo pada penghujung 2023, kemudian kembali bersama pada musim pertengahan 2024 selepas dia bekerja dengan beberapa jurulatih lain.

Namun, kira-kira sebulan lalu, Hovland sekali lagi berpisah dengan Mayo.

“Kami sedikit tidak sependapat tentang caranya, dan apa yang terbaik untuk saya,” kata Hovland, 27.

“Saya rasa saya sudah banyak belajar dan mempunyai banyak kepakaran sekarang, jadi saya tidak memerlukan sesiapa untuk memimpin saya lagi.

“Ia sentiasa baik untuk mempunyai seseorang yang boleh memerhatikan apa yang saya lakukan, memeriksa langkah yang saya ambil. Jadi saya menghantar beberapa video kepada jurulatih lain, tetapi dia lebih kepada perunding.

“Saya adalah bos ayunan saya sendiri,” katanya.

Pemenang Jelajah PGA enam kali dan pemain nombor lapan dunia dalam Kedudukan Rasmi Golf Dunia, Hovland tidak bermain sejak September kerana kecederaan yang tidak didedahkan.

Kini mengalami kecederaan patah jari kaki kanannya. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here