Home Buletin Semasa 12 PASARAYA TERLIBAT PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI SEMPENA KRISMAS

12 PASARAYA TERLIBAT PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI SEMPENA KRISMAS

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Sebanyak 12 pasaraya di Kelantan terpilih untuk melaksanakan Program Jualan Rahmah MADANI sempena musim perayaan Krismas selama dua hari bermula 23 dan 24 Disember ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, pasaraya yang terlibat ialah Mydin, Pantai Timur Hypermarket Taman Bendahara, Lotus, Econsave Kubang Kerian, Pasific KBMall, Pantai Timur Pasir Mas, Pantai Timor Kota Bharu, PKT Pasir Tumboh, Econjaya Kok Lanas, Pantai Timur Jelawat, Giant Tunjong, dan Aeon Mall Kota Bharu.

“12 pasaraya ini tidak termasuk dengan 93 tempat yang telah diadakan sepanjang Disember ini.

“Kerajaan tawarkan harga subsidi sehingga 30 peratus daripada harga asal, tetapi mungkin ada lagi diskaun daripada pihak pasaraya sendiri,” katanya ketika ditemui, pada Isnin.

Azman berkata dengan pelaksanaan jualan Rahmah itu, masyarakat berpeluang mendapat barangan keperluan dengan harga lebih murah.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here