Home Buletin Semasa KPDN PANTAU HARGA BARANG KAWALAN SEMPENA KRISMAS

KPDN PANTAU HARGA BARANG KAWALAN SEMPENA KRISMAS

217
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan melaksanakan penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2024 melibatkan sembilan barang selama lima hari bermula 23 hingga 27 Disember.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata barang berkenaan meliputi daging kambing biri-biri bertulang import, kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing), tomato, lada benggala hijau, ubi kentang import (China), cili merah, bawang merah besar import, bawang kuning besar dan lobak merah.

“Harga yang ditetapkan ini adalah pada label merah jambu dan bertujuan memastikan pengguna mendapat harga yang sepatutnya.

“Kita minta pengusaha, pembekal, pemborong dan pasaraya agar tidak mengambil kesempatan atas permintaan tinggi pada musim perayaan ini,” katanya ketika sidang media selepas mengadakan walkabout sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2024 di Pasar raya Lotus, Lembah Sireh, di sini, semalam.

Azman berkata, harga maksimum yang ditetapkan sepanjang SHMMP 2024 di peringkat pemborong dan peruncit boleh disemak melalui laman web https://www.kpdn.gov.my.

KPDN mengingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim itu dan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here