Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Seorang lelaki cedera ringan dalam kemalangan di Kampung Bukit Marak, di sini, awal pagi tadi.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Azman Mohamad Ghani, kemalangan itu membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi.

“Pihak kami menerima panggilan melalui sistem MERS pada jam 1.21 pagi tadi berhubung kejadian itu. Kejadian berlaku di Jalan Bukit Marak – Kampung Bukit Marak.
“Komander Operasi lapor sampai di tempat kejadian dan didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta yang terbabas melanggar tiang elektrik, dengan peratusan kemusnahan 100 peratus,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumbuh diarahkan ke tempat kejadian.
Menurutnya api dapat dikawal kira-kira jam 1.43 pagi dan operasi tamat pada jam 2.02 pagi.
“Pemandu kereta tersebut cedera ringan di bahagian muka dan telah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba,”katanya.
IMedikel TV






