Home Sukan USYK KEKALKAN REKOD TANPA KALAH, SEKALI LAGI TUMPASKAN FURY

USYK KEKALKAN REKOD TANPA KALAH, SEKALI LAGI TUMPASKAN FURY

147
0

RIYADH: Oleksandr Usyk terus mencipta sejarah selepas menewaskan Tyson Fury dalam perlawanan ulangan kejuaraan heavyweight dengan keputusan sebulat suara untuk mengekalkan rekod tanpa kalahnya dan mengukuhkan tempatnya sebagai salah seorang legenda tinju.

Usyk, yang mengawal tempo perlawanan dan sering kali mengenakan Fury dengan hayunan kiri tepat, diberikan kemenangan 116-112 oleh ketiga-tiga pengadil.

Kemenangan ini membawa Usyk kepada rekod 23-0 dengan 14 kemenangan melalui knockout (KO), menambah pencapaian cemerlang dalam kariernya termasuk gelaran emas Olimpik dan juara tanpa tandingan di kategori cruiserweight.

Kali ini, hanya gelaran WBA, WBO, dan WBC yang dipertaruhkan selepas Usyk, yang memberi tumpuan kepada aksi ulangan yang menguntungkan, melepaskan gelaran IBF untuk tidak bertemu cabaran Daniel Dubois.

Dengan menewaskan Fury pada Mei lalu, Usyk menyertai barisan legenda tinju seperti Muhammad Ali, Joe Louis, dan Mike Tyson sebagai juara heavyweight tanpa tandingan dan juara pertama dalam era empat tali pinggang.

Kekalahan ini menimbulkan tanda tanya mengenai masa depan Fury, yang kini mempunyai rekod 34-2-1, selepas mengumumkan persaraannya pada 2022 sebelum membatalkan keputusan itu dan kembali ke gelanggang. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here