Home Segmen Kesihatan KERAP BERJALAN MUDAHKAN PROSES BUKAAN SERVIKS, MITOS ATAU FAKTA?

KERAP BERJALAN MUDAHKAN PROSES BUKAAN SERVIKS, MITOS ATAU FAKTA?

219
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Pasti ramai wanita mengimpikan proses bersalin menjadi lancar dan mudah dan melalui proses melahirkan secara normal.

Tetapi setiap wanita mengalami proses bersalin yang berbeza, ada yang melalui proses bukaan rahim cepat sehingga proses bersalin berlaku dalam beberapa jam sahaja.

Sekaligus ia menjadikan ia sebuah pengalaman berharga buat mereka yang bergelar ibu.

Meskipun rasa sakit disebabkan proses bukaan rahim tetapi pasti terubat sebaik sahaja melihat cahaya mata dilahirkan.

Pelbagai inisiatif dan doa diamalkan sepanjang tempoh kehamilan lebih-lebih lagi apabila hampir pada tarikh jangkaan bersalin.

Ada juga wanita mengandung berdepan masalah bukaan rahim perlahan dan masalah itu tentu sekali menimbulkan kerisauan terhadap wanita di luar sana.

Bagaimanapun, adakah benar petua orang tua yang mengatakan banyak berjalan semasa hampir tempoh bersalin dapat mempercepatkan proses bukaan serviks dengan lancar? Adakah ia mitos atau fakta?

Berikut adalah sebab berjalan kaki sangat bermanfaat untuk wanita mengandung?

1.Membantu bayi turun ke pelvis: pergerakan berjalan membantu graviti menarik bayi ke bawah di saluran pelvis yang merupakan persediaan penting untuk proses kelahiran.

2.Merangsang kontraksi secara semula jadi: merangsang rahim mula mengalami kontraksi ringan, terutama jika serviks sudah mula melembut dan terbuka.

3.Menguatkan otot pelvis: membantu menguatkan otot pelvis, paha dan perut menjadikan badan lebih bersedia untuk bersalin.

4.Melancarkan peredaran darah: peredaran darah yang baik membantu memastikan oksigen dan nutries mencukupi untuk bayi dan rahim.

5.Mengurangkan kebimbangan dan ketegangan: berjalan kaki membantu ibu berasa lebih tenang dan fokus menghadapi proses bersalin.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here