Home Segmen Kesihatan KONDOM BUKAN SEKADAR CEGAH KEHAMILAN, TETAPI…

KONDOM BUKAN SEKADAR CEGAH KEHAMILAN, TETAPI…

199
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Bagi pasangan yang berkahwin, sudah tentu ingin menimang cahaya mata. Namun, ada dalam kalangan pasangan belum bersedia untuk memiliki anak atau mahu menjarakkan kehamilan.

Justeru, selain mengambil ubat perancang kehamilan atau mendapatkan suntikan mencegah kehamilan, ada dalam kalangan pasangan memilih untuk menggunakan kondom.

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut lagi berkenaan fungsi penggunaan kondom yang mungkin beranggapan penggunaan kondom hanya bagi mereka yang melakukan seks bebas sahaja.

Tetapi, anda silap, kerana pasangan yang sudah berkahwin juga boleh menggunakan kondom sebagai alat pencegah kehamilan. Namun, adakah ia hanya semata-mata untuk mencegah kehamilan sahaja.

Kalau anda  beranggapan seperti itu, bermakna anda silap. Ini kerana pasangan yang menggunakan kondom juga berasa nikmat ketika melakukan hubungan kelamin.

Di sini, penulis nyatakan beberapa kegunaan kondom yang boleh dimanfaatkan oleh pasangan.

1. Mencegah Kehamilan
Kondom adalah kaedah kontraseptif yang berkesan untuk mengelakkan kehamilan apabila digunakan dengan betul.


2. Mencegah Penyakit Kelamin
Kondom berfungsi sebagai perlindungan daripada penyakit kelamin seperti HIV, gonorea, sifilis, dan klamidia.

3. Mengawal Perancangan Keluarga
Pasangan boleh menggunakan kondom untuk merancang jarak antara kehamilan atau memilih bila ingin mempunyai anak.


4. Mengelakkan Risiko Kesihatan
Untuk pasangan yang mempunyai masalah kesihatan tertentu, penggunaan kondom boleh membantu mengelakkan risiko tambahan akibat kehamilan.


5. Meningkatkan Kebersihan
Penggunaan kondom boleh mengurangkan risiko jangkitan tertentu, seperti jangkitan saluran kencing (UTI), yang kadangkala berlaku selepas hubungan intim.


Adalah penting untuk memastikan kondom digunakan dengan betul dan disimpan dengan cara yang sesuai untuk memastikan keberkesanannya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here