Home Buletin Semasa MATRADE TAWAR INSENTIF KEPADA USAHAWAN TEMPATAN UNTUK BAWA PRODUK KE LUAR NEGARA

MATRADE TAWAR INSENTIF KEPADA USAHAWAN TEMPATAN UNTUK BAWA PRODUK KE LUAR NEGARA

178
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Perbadanan Pembangunan Luar Malaysia (MATRADE) menawarkan beberapa insentif khususnya kepada usahawan yang ingin memasarkan produk keluaran mereka di peringkat antarabangsa.

Pengarah MATRADE Wilayah Timur, Zaimah Osman berkata, antara insentif yang disediakan ialah Geran Pembangunan Pemasaran (MDG) bernilai maksimum sebanyak RM300,000.

“Geran pembangunan pasaran adalah geran di mana salah satunya kalau syarikat menyertai pameran di luar negara, mereka boleh tuntut.

“Sepanjang hayat maksimum dia RM300,000 maknanya setiap kali dituntut ianya akan dipotong sehingga habis jumlah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Produk Dari Kota Bharu ke New York, di Wisma I Medikel Telipot, di sini, pada Rabu.

Jelasnya, beliau menyeru lebih ramai usahawan tempatan khususnya Kelantan dan Terengganu supaya lebih cakna akan fungsi keberadaan MATRADE.

“Kita harap selepas ini dapat melahirkan banyak lagi usahawan di Kelantan untuk menembusi pasaran luar.

“Kita ada usahawan yang unik, ia sama juga dengan usahawan dari Lembah klang yang lagi maju ke hadapan jadi macam IMedikel ini sebab kita pun cuba untuk ketengahkan produk yang bukan makanan, jadi imedikel ini merupakan salah satu yang kita rasa macam produk yang ada high value jadi pulangannya lagi tinggi,” katanya.

Tambah Zaimah, bukan mudah untuk memasuki pasaran global namun apabila sudah berjaya, ia akan membawa pulangan yang lumayan.

“Mengeksport ini bukan jalan yang mudah, tetapi kita cuba sekurang-kurangnya mengadakan program di mana kita akan cari 10 usahawan di bawah program ‘buddy’ untuk ajar mereka ‘from zero to hero’,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here