Home Luar Negara KISAH MALANG BRIANA DITIKAM 46 KALI

KISAH MALANG BRIANA DITIKAM 46 KALI

WASHINGTON: Penuntut seni bina Amerika Syarikat, Brianna Kupfer meninggal dunia dalam keadaan tragik apabila ditikam lelaki yang dipercayai membenci wanita.

Mirror UK melaporkan, Brianna, 24, ditikam 46 kali oleh suspek, Shawn Laval Smith, 34, ketika bekerja sambilan di kedai perabot di Los Angeles.

Perbicaraan kes pembunuhan itu yang berlangsung sejak Ogos lalu, berakhir dengan juri mendapati Smith bersalah kerana membunuh dan hukuman bermula sebulan selepas sabitan.

Mahkamah dimaklumkan pada 13 Januari 2022, Brianna sedang bekerja sendirian di kedai perabot mewah Croft House di Hancock Park, Los Angeles apabila digertak suspek yang memasuki premis itu.

Gadis itu juga sempat menghantar mesej kepada rakannya pada 1.36 tengah hari pada hari kejadian, namun rakannya tidak melihat mesej itu dengan segera.

Kira-kira 20 minit kemudian, seorang pelanggan masuk bersama teman lelakinya dan mendapati Brianna terbaring di atas lantai dengan berlumuran darah.

Dia menerima 26 tikaman dan 20 hirisan pada tubuh, termasuk 11 tikaman di dada, selain kesan tikaman itu dikatakan sedalam lima inci yang ada antaranya, menusuk ke rongga paru-paru.

Kematian beliau mengejutkan orang ramai dan menyifatkan insiden itu sebagai tindakan keganasan rawak.

Smith yang juga gelandangan ditangkap dan dituduh pada 19 Januari lalu yang mana dia mengaku tidak bersalah serta diikat jamin $2,000,000 (RM8,915,327.51).

Ketika perbicaraan berlangsung, mahkamah diperdengarkan rakaman audio menunjukkan Smith membenci wanita dan beberapa klip seminggu sebelum kejadian itu yang mendedahkan dia mahu ‘menghapuskan semua wanita.’

Dia juga dipercayai meninjau beberapa kali di kawasan perniagaan untuk mencari peluang mencederakan wanita, sebelum Brianna menjadi mangsanya. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here