Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
Menurut kenyataan METMalaysia hari ini, lima negeri terbabit ialah Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
“Kedah membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling, diikuti Perak (Hulu Perak) manakala di Kelantan membabitkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
“Bagi Terengganu, kawasan terlibat ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu,” menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan atau hubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.
IMedikel TV






