Home Luar Negara GURU SEKOLAH DIJEL 11 TAHUN KERANA PENGANTUNAN, DERA SEKSUAL BUDAK LELAKI

GURU SEKOLAH DIJEL 11 TAHUN KERANA PENGANTUNAN, DERA SEKSUAL BUDAK LELAKI

130
0

BANGKOK: Seorang guru di sebuah sekolah di sini dijatuhi hukuman penjara 111 tahun dan 216 bulan oleh mahkamah Phitsanulok selepas disabitkan bersalah dalam kes membabitkan pengantunan dan penderaan seksual seorang kanak-kanak lelaki, lapor Jabatan Siasatan Khas (DSI) pada 9 Disember lalu.

The Straits Times melaporkan, tertuduh juga diperintahkan membayar 1.5 juta baht (kira-kira RM197,019) sebagai ganti rugi kepada mangsa dan 650,000 baht (kira-kira RM85,375) kepada ibunya atas jenayah yang dilakukannya ketika mengajar di sebuah sekolah di wilayah Phitsanulok.

Tee, 32, yang nama keluarganya dirahsiakan kerana perintah larang suara (gag order) ditangkap pada 24 Jun lalu, sebagai sebahagian daripada siasatan DSI ke atas agensi model di Pathum Thani yang disyaki terbabit perbuatan berkenaan.

Terdahulu, pemilik agensi Nene Modeling, Danudet Saengkaew, 28, mengaku melakukan perbuatan itu awal tahun ini selepas polis menemukan lebih 500,000 imej kanak-kanak yang didera secara seksual dalam simpanannya.

Dia didapati bersalah atas lebih 60 kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara 121 tahun dan 223 bulan pada 11 Februari tahun lalu.

Danudet juga diperintahkan membayar ganti rugi 2.1 juta baht (kira-kira RM275,827) kepada lapan mangsa yang dikenal pasti oleh DSI daripada gambar berkenaan.

Siasatan DSI mendapati Danudet dan Tee bekerjasama dalam melakukan pengantunan kanak-kanak.

Tee mengaku melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak di beberapa tempat di sekolah itu, termasuk di dalam keretanya, tandas dan bilik pandang dengar.

Menurut DSI, bukti menunjukkan bahawa kedua-duanya mencabul secara seksual lebih 1,000 mangsa.

Jabatan sedang berusaha untuk mengenal pasti mangsa lain dalam gambar untuk memastikan keadilan bagi mereka yang didera. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here