Home Buletin Semasa RUMAH SEPARUH KEKAL TERBAKAR 80 PERATUS

RUMAH SEPARUH KEKAL TERBAKAR 80 PERATUS

176
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Sebuah rumah separuh kekal terbakar hampir 80 peratus di Lorong Baloh Raja, Kubang Kerian, di sini, awal pagi tadi.

Menurut Pegawai Bomba Kanan dua II, Mohd Ridzuan Baharudin dalam kenyataan hari ini, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari sistem MERS kira-kira jam 1.12 pagi.

Komander Operasi lapor sampai di tempat kejadian dan didapati benar berlaku kebakaran sebuah rumah separuh kekal berkeluasan 40’ x 50’ kps dengan peratus kebakaran 80 peratus.

“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran hose, satu breching dengan dua pancutan nozel menggunakan air tangki jentera bomba dan Water Tanker.

“Operasi itu membabitkan 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu dan BBP Pasir Tumbuh,”katanya dalam kenyataan.

Menurutnya operasi tamat kira-kira jam 3.06 pagi.

Bagaimanapun menurutnya tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here