Home Buletin Semasa MANGSA BANJIR DI ENAM NEGERI 3,794

MANGSA BANJIR DI ENAM NEGERI 3,794

192
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di enam buah negeri meningkat seramai 3,794 orang setakat jam 3.00 petang ini.

Menurut portal InfoBencana JKM kesemua mangsa daripada 1008 keluarga masih berada di 39 pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu, Kelantan, Johor, Perak, Pahang dan Melaka.

Terengganu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi 3,300 orang, Kelantan 163, Johor 150, Pahang 128, Perak 42, dan Melaka 11 mangsa.

Sementara itu portal infobanjir pula merekodkan empat sungai di Pahang melebihi tahap bahaya dengan trend air menaik.

Empat sungai itu adalah Jambatan Chegar Perah, Lipis, Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan dan Sungai Kechau di Kampung Dusun, Lipis.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here