Home Buletin Semasa BANTUAN BANJIR PERLU DIAGIH DENGAN LEBIH TERATUR

BANTUAN BANJIR PERLU DIAGIH DENGAN LEBIH TERATUR


Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TUMPAT: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menggesa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan sukarelawan banjir untuk mengagihkan sumbangan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) bagi memastikan bantuan tidak berulang kali diagihkan kepada penerima yang sama.

Beliau berkata, menerusi kaedah tersebut, ia dapat disalurkan dengan lebih teratur.

“Kita membenarkan bantuan itu disalurkan tetapi kalau boleh melalui pihak yang berkuasa kerana kadang-kadang ianya diberikan kepada orang yang sama.

“Manakala ada mangsa bencana banjir yang lain tidak dapat merasainya,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat, di sini, hari ini.

Nancy berkata, pihaknya sudah bersiap sedia untuk menghadapi gelombang kedua terutama daripada segi pengurusan bantuan tersebut.

“Kalau boleh kita tidak mahu gelombang kedua berlaku, tetapi sekiranya ia berlaku, kita tidak akan membiarkan rakyat menderita keseorangan,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here