Home Buletin Semasa PENDUDUK PERLU WASPADA WALAUPUN BENCANA BANJIR DI KELANTAN SEMAKIN PULIH

PENDUDUK PERLU WASPADA WALAUPUN BENCANA BANJIR DI KELANTAN SEMAKIN PULIH

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Penduduk di negeri Kelantan perlu sentiasa berwaspada meskipun situasi bencana baniir di negeri ini semakin pulih kerana mereka bakal menghadapi gelombang kedua dalam beberapa hari akan datang.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata pihaknya bimbang memandangkan ramalan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menunjukkan negeri tersebut bakal dilanda cuaca yang signifikan.

“Saya ingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mengikuti pengumuman rasmi berkaitan bencana banjir yang dikeluarkan oleh beberapa agensi yang berkaitan.

“Bencana banjir dan corak cuaca pada tahun ini menjadi cabaran yang sangat besar namun pihak kami sentiasa membuat penambahbaikan dari segi pengurusan bencana tersebut,” katanya ketika membuat lawatan bagi meninjau mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sri Ketereh, di sini, semalam.

Nik Nazmi berkata, kebanyakkan mangsa banjir yang berada di PPS seluruh Kelantan kini beransur pulang ke rumah masing-masing.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here