Home Buletin Semasa BANJIR: TINGGAL EMPAT DAERAH MASIH DILANDA BANJIR

BANJIR: TINGGAL EMPAT DAERAH MASIH DILANDA BANJIR

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Perkembangan banjir di Kelantan setakat jam 4.00 petang menurun kepada 39,759 orang daripada 12,862 keluarga.

Menurut portal InfoBencana JKM kesemua mangsa masih berada di 93 pusat pemindahan sementara (PPS).

Sehingga kini hanya empat daerah masih dilanda banjir, manakala di daerah lain PPS sudah ditutup.

Daerah yang masih dilanda banjir adalah Tumpat 20,465 mangsa diikuti Pasir Mas 18,866 mangsa.

Selain itu, Kota Bharu membabitkan 403 mangsa dan Bachok 49 mangsa.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here