Home Buletin Semasa SK GUAL TO’DEH MENJADI PPS KEDUA DIBUKA DI KELANTAN

SK GUAL TO’DEH MENJADI PPS KEDUA DIBUKA DI KELANTAN

205
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Sekolah Kebangsaan Gual To’Deh menjadi pusat pemindahan sementara (PPS) kedua yang dibuka semalam di Rantau Panjang selepas PPS Sekolah Menengah Beris Panchor, Bachok.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kelantan dalam ciapan facebooknya memaklumkan, PPS SK Gual To’Deh dibuka pada jam 9.30 pagi semalam dan menempatkan 32 mangsa daripada tujuh keluarga yang terjejas akibat banjir di daerah berkenaan.

Setakat ini, Kelantan mencatatkan dua PPS yang menjadikan keseluruhan mangsa adalah 76 orang daripada 19 keluarga.

Menurut APM, hujan lebat berterusan dijangka berlaku pada tahap waspada di Kelantan termasuk daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here