Oleh: Afrizam Arif@IMedikel TV
PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai RM10,000 di Sekatan Jalan Raya Banggol Kong, Pasir Mas, semalam.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, rampasan dilakukan selepas anggotanya menahan sebuah pacuan empat roda dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun pada 10.30 pagi.
“Hasil pemeriksaan ditemukan 10 ekor kambing tanpa dokumen yang sah dimuatkan di dalam guni setiap seekor dengan keseluruhan berat 400 kilogram.
“Kambing tersebut dipercayai diseludup masuk dari Thailand untuk pasaran tempatan di sini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 dan suspek serta barang rampasan dibawa ke Komtak PGA Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya.
Tamat






