Home Buletin Semasa PENGGUNAAN WBS LUASKAN CAPAIAN INTERNET DI KAWASAN TERPENCIL

PENGGUNAAN WBS LUASKAN CAPAIAN INTERNET DI KAWASAN TERPENCIL

175
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Penggunaan Sistem Wireless Bridging (WBS) merupakan salah satu langkah bagi perluasan capaian internet dari sumber yang sedia ada di kawasan terpencil seiring dengan usaha kerajaan ingin merealisasikan aspirasi 100 peratus liputan kelajuan jalur lebar mudah alih menjelang tahun 2025.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang dalam satu kenyataan berkata, beliau berhasrat agar pendekatan terhadap sistem tersebut dipertimbangkan secara serius kerana ia dapat memenuhi keperluan masyarakat setempat pada skala yang lebih kceil bagi melengkapkan visi digitalisasi negara.

”Sistem Wireless Bridging merupakan teknologi penyambungan internet bagi memudahkan komuniti yang ketinggalan (unserved) dan terbatas (underserved) terutamanya bagi aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdPR) dan aktiviti ekeusahawanan.

“Pemasangannya juga kurang daripada satu bulan susulan kelulusan pihak berwajib dan proses berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, langkah tersebut dapat merapatkan jurang antara masyarakat bandar dan luar bandar seperti yang digariskan oleh elemen kesejahteraan dalam Malaysia MADANI.

Jelasnya, selain daripada penggunaan internet satelit, WBS juga boleh diadaptasi untuk memperluaskan sumber internet yang disediakan oleh fasiliti sedia ada seperti di Pusat e-Desa, Pusat Internet Komuniti (PIK) dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) lantas memperkasa fungsi fasiliti tersebut dalam memastikan kesalinghubungan digital masyarakat.

“Dengan kos sebanyak RM300,000 merangkumi langganan internet satelit berkelajuan tinggi selama tiga tahun dan pemasangan sistem WBS bagi perluasan internet, ia kini telah memanfaatkan 158 pelajar, 15 guru serta 480 penduduk di kawasan berkenaan,” ujarnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here