Home Luar Negara KARYA SENI ‘PISANG LEKAT PADA DINDING’ TERJUAL RM29 JUTA

KARYA SENI ‘PISANG LEKAT PADA DINDING’ TERJUAL RM29 JUTA

201
0

New York: Pisang segar yang dilekatkan pada dinding – karya seni konseptual yang provokatif oleh artis visual dari Itali, Maurizio Cattelan – terjual pada harga AS$6.2 juta (kira-kira RM29 juta).

Ia dibeli oleh seorang usahawan mata wang kripto di lelongan di New York, kata rumah lelongan Sotheby’s dalam satu kenyataan.

Karya seni boleh dimakan yang berjudul “Comedian” (Pelawak) itu kali pertama dipamerkan di pameran seni Art Basel di Miami pada 2019.

Ia mencetuskan kontroversi dan menimbulkan persoalan sama ada ia harus dianggap sebagai seni – sama seperti matlamat asal Cattelan.

Pengasas kripto kelahiran China, Justin Sun pada Rabu membelanjakan lebih daripada AS$6 juta untuk buah itu dan jalur tunggal pita pelekat peraknya, yang mula dijual pada harga AS$120,000 (kira-kira RM564,000), lima tahun lalu.

Jualan itu menampilkan tujuh pembeli berpotensi dengan rumah lelongan itu mengeluarkan harga panduan AS$1 juta (kira-kira RM4.7 juta) – AS$1.5 juta (kira-kira RM7 juta) sebelum bidaan.

Memandangkan jangka hayat pisang, Sun pada dasarnya membeli sijil ketulenan bahawa karya itu dicipta oleh Cattelan, serta arahan berhubung cara menggantikan buah itu apabila ia rosak.

Karya yang dilelong pada hari Rabu adalah pusingan ketiga – dengan pisang pertama dimakan oleh artis persembahan, David Datuna, yang berkata dia berasa “lapar” semasa memeriksanya di pameran Miami itu.

Selain karya pisang itu, Cattelan juga terkenal kerana menghasilkan tandas emas 18 karat, berfungsi sepenuhnya yang dipanggil “Amerika” yang pernah ditawarkannya untuk dipinjamkan kepada Donald Trump semasa penggal pertamanya di Rumah Putih. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here